Friday, February 17, 2012

mari bercinta

cinta ni umpama kurap.makin garu makin sedap.lagi garu lagi rasa feeling.lagi rasa best.tapi hati hati kalau garu lama lama dia boleh jadi luka kat kurap tu.pastu bila luka.dia akan menghasilkan kesan yang di panggil keruping yang akan kekal lama.letak la ubat apa pon.keruping kesan dari luka tu susah nak hilang.kahkahkahkahkah

foreveralone adalah keruping yang terhasil dari kurap bercinta yang digaru dengan penuh perasaan tanpa pikiaq hari mendatang.

anjing kurap pulak bnyak terdapat dekat r&r belakang cubic UTem

Monday, February 6, 2012

nasi goreng biasa dan manusia biasa

hari ni hari selasa.hari selepas cuti.bagi depa depa yang kerja la.aku ni xkerja lagi.jadilah terbaik untuk hari ni.kalau orang lain rasa hidup hang tak terbaik.pegi mampos sama dia.untuk apa di nilai benda tu.fuck penilaian.untuk apa.nak jatuh kan semangat orang tu.yang berjaya terus bermegah megah dengan kehebatan penilaian dia.yang kalah dalam penilaian makin down.makin tak bersemangat.yaa mungkin akan ada yang cakap kita boleh jadikan kekalahan tu sebagai pemangkin untuk kita berjaya.puihhhh.berapa ramai sgt yang ambil benda tu sebgai pemangkin untuk terus jadi yang terbaik.GET A LIFE bro.hidup lah dalam realiti.isu dia sekarang ni bukan pasal jadikan kekalahan sebagai pemangkin.tetapi terus mencuba mencuba mencuba walau pon kadang kadang kita menang.kita seharusnya tak patut berhenti mencuba.InsyaAllah yang terbaik akan muncul.

bukan isu tu yang gua nak up kan dalam auta auku nnti.tapi isu lain.kahkahkah.mari kita cairkan otak sikit berfikir pasal kesempurnaan.semua orang impikan kesempurnaan.tapi ada ke yang sempurna.kita ni MANUSIA BIASA ja.ada cacat cela kat mana pon.kenapa terus berusaha nak jadi yang sempurna walaupon kita takkan jadi yang sempurna?.bukan sempurna yang kita sepatutnya focuskan.tapi menjadi yang terbaik.tapi cerita pasal zamanfacebook sekarang ni.duit boleh buat kita sempurna dimata orang orang tertentu.

bangang+duit=pandai
buruk+duit=cantik
jahat+duit=baik
hina+duit=mulia
gedik+duit=comelnyewwwwwwww
salah+duit=betol
benci +duit=suka
kalah+duit=menang
duit+duit=pokok duit duit

money cant buy love.pui pui puii.bawak love hang pi jusco tengok apa benda boleh beli.*hehehe.gelak tutup lobang jubo

Friday, February 3, 2012

cerita pasai orang kita dan charger bateri

as salam semua yang bernyawa dan masih bernyawa.lately ni rajin plak gua update blog.yalahh dah xbuat apa kan.aku stiill stay di melaka bumi bertuah ni sebab mau settle kan urusan latihan industri.so kerja aku hari hari check email,makan,fuckbook,twitta jawab phone call dari company dan tidoq.rutin yang sama berulang dah terus looping tanpa ada break pointnya.

sempena pagi beautifool suckturday ni.gua nak cerita sikit pasai charger dan orang kita.apa kaitannya charger dengan manusia.hang tau apa fungsi charger.mestilah nak cas kann.mari kita pikir dengan otak sama kurniaanNya ni.kalau kita nk guna charger baru kita pi cari dia kan.lepas dah guna kita letak tepi.biarkan dia keseorangan,dah nak pakai balik baru pi cari balik.kadang kadang bila charger tu hilang baru kita tergedik gedik pi cari dia.bila dah jumpa kita guna dia.dia berkhidmat dgn baik.lepas tu kita letak dia kat tepi lagi.lepas tu nnti dia hilang lagi.bayang kan suatu hari nnti charger tu hilang terus.charger yang original.jangan ada yang kata pi beli charger baru la.gua pijak muka lu orang nnti.kahkahkah.gua nak terangkan kat sini ada tak related charger dgn kehidupan kita.

gua rasa manusia ramai yang bertindak jadi charger dan meng'charger'kan orang.kalau rasa menchargerkan orang dan jadi charger bahagia teruskan.sebab hidup kita ni nak cari bahagia kan.buat macam tu lu bahagia teruskan saja.tapi jangan sampai orang terlalu amik kesempatan keatas kebaikan kita.ada hat nya

jangan jadi bateri sumbat sana sumbat sini.sudah abes campak tepi-aboy(band punk pujaan hati aku)

aku rasa jadi bateri xpa.dia guna power dah abes dia buang terus.jadi bateri boleh cas yang lagi bahaya.tapi kalau time kita tengah cas kena elektrik.jangan salahkan charger.(".)

Monday, January 30, 2012

Cerita pasal Jamban dan orang kita

hari ini hari hari.hari yang sama.rutin yang sama.cuma beza nama hari dan angka angka yang semakin berubah.angka tahun semakin meningkat semakin dekat kita dengan kematian dan akan meninggal kan dunia gali duit dan politik loji najis dan beberapa ekor 'mahasiswa jamban' serta permainan dunia yang diagungkan.hari ni gua mau tulis sikit info pasal jamban.sepanjang pemerhatian gua.gua baru ternampak dua jenis jamban yang digunakan secara official dan meluas di dunia realiti:
  • jamban duduk
  • jamban bertinggung
  • manusi manusia jamban(hehe*gelak tutup mulut)
kalau kita perhatikan kebannyakkan rumah orang melayu di kampung banyak yang guna jamban bertinggung.ya kita semua sama.asal dari kampung.gua berbangga berasal dari budak kampung.mari kita lihat apa kekurangan jamban betinggung dan kelebihan jamban duduk.ini hanya gua punya humble opinion yang merapu.

jamban bertinggung:
  • boleh nampak taik dengan luas nya.
  • bau nya bebas keserata pelusuk jamban tanpa dapat dikawal melainkan menyedut saja gas gas paling syahdu tu.
ok.tak silap gua gua penah baca yang dengan tengok najis sendiri otak kita akan menjadi semakin lembap.pastu bau tu satu hal la.sapa suka bau busuk kan.kalau bucuk bucuk tuu lain.tu orang berchenta punya hal.

jamban duduk:
  • semesti yang susah kalau nak terpandang najis sendiri sebab apa.hampa pi try la buat ekseperimen sendiri.takkan nak pi tunduk semata mata nak tengok najis sendiri.najis lu mat.
  • bau tidak tersebar luas.sebab tertutup dengan lengkapnyaaa.mau tau lebih lanjut cubalah sendiri
tapi memamng xdapat disangkal.berak dengan jamban bertinggung memang puas.dia punya feel tu jangan cakap laa.bagi yang mementingkan kepuasan tanpa pikirkan jangka masa panjang disyorkan guna jamban duduk.tapi hidup ni nak cari kepuasan ye dop?.ramai orang amik remeh isu jamban ni sebenarnya.gua sebenarya nak perjuangkan isu jamban ni masuk dalam akta auku .kahkahkah

(p/s:isu manusia jamban ni gua malas nak story sebab benda ni subjektif bukan objecktif.kadang kadang hang manusia jamban pada gua and aku manusia jamban pada hampa.kadang kadang kita xperasan benda yang kita buat tu jamban pada orang lain.jadi gunakan hak otak sebelum hak beraksi)

Friday, January 27, 2012

perihal:janji dan melayu

As salam buat manusia yang baca.apa khabar.dah lama gua xupdate blog ni.biasalah busy.busy dengan benda benda xda faedah.kahkah.blog ni dah layak masuk muzium pon.tapi kata orang yang masuk muzium tu la yang rare ye dop.dah lama jugak gua berjanji dengan diri sendiri nak update blog sendiri.biasalah gua orang melayu.janji melayu lah katakan.kahkah.Alhamdulillah hari ni termakbul jugak impian nak update.itu saja gua mau.sikit ja sudah baru nampak ohsem dop?

  • suka merancang bijak merancang.perlaksanaan kelongkang
  • plan senang mudah macam kacang buncit.praktikal macam tahi hidung
  • berjanji 18 kilogram emas.dapat semangkuk besi buruk
  • bercakap guna air liur.tapi hasilnya keluar air jamban
  • bertindak pandai tapi beraksi bangang
  • harapan setinggi gunung usaha serendah ibrahim pendek.impikan hasilkan macam klcc.
  • qoute sana.qoute sini.input copy dan paste saja.inspirasi terbang ke old trafford