Saturday, June 25, 2011

6.15 p.m (meraban)

otak penuh memikirkan hal hal dunia..
separuh otak dipenuhi dengan projek akhir tahun aku..
hanya sebelah otak mampu pikir hal hal kehidupan sementara..
keluar dari rumah sewa menuju taman permainan di hadapan rumah..
di taman sebok perhatikan gelagat kanak kanak..riang bermain..
berlari sana sini..ada yang bermain bual sambil menyanyi..ada yang menangis akibat di ejek..
ada yang bermain basikal..mengayuh basikal selaju mungkin turun dari bukit.
tersenyum dalam hati..tenang hidop mereka golongan kanak kanak..senyum selalu..kurang masalah dunia sementara..tidak lupa juga anjing anjing peliharaan cina yang sebok menyalak untuk buktikan kekuasaan masing masing..otak aku mula berfikir..sudah tidak ada beza dengan realiti kehidupan manusia sementara..ada golongan haiwan berakal yang sebok menyalak untuk tunjukkan kekuasaan..menyalak sana sini..tetapi leher masih ditambat dengan rantai..ahh itu kehidupan dunia semua..dan aku salah seorang dari mangsa arus dunia sementara..
otak terus melayan berpikir sambil melihat gelagat kanak kanak tadi..kaum kaum cina mula keluar rumah sambil membawa anak anak mengelilingi taman..tidak lupa juga makcik cina yang sudah bongkok..tidak mahu terlepas untuk bersiar siar di taman..di satu sudut taman terdapat golongan cina muda yang sibuk bergambar di taman..#BBNU agaknya amoi amoi tu..#BBNU=budak baru nak up..trend yang popular di twitter..tak usah mengutuk golongan #BBNU..semasa kita #BBNU sama ja keadaan nya macam #BBNU sekarang ni..semua orang akan merasa level hidup #BBNU..otak terus terpikir..projek final entah ke mana.agenda agenda hidup dalam diari otak masih belum terlaksana.satu satu aku tangguh.terus bertangguh dan akhirnya ketinggalan tujuh tahun kebelakang.hari makin gelap makin ramai cina yang keluar menuju ke taman.aku terus melayan otak berpikir dan berpikir lagi..sambil menghisap benda yang akan merosakkan system tubuh badan aku..aku biarkan semut merah mengigit kaki..sengaja nk rasa kan nikmat alam semulajadi..dongak kepala keatas lihat alam semesta ciptaanNYA..selesai hembusan racun terakhir..masuk rumah bersedia untuk berdepan dengan dunia sementara dan alam maya yang telah mengatasi alam realiti kini..

sayonara dunia sementara........